Terdapat pelbagai sudut yang boleh dikaji untuk tafsiran mimpi berkaitan kaca. Salah satunya ialah berkenaan mimpi melihat menerusi cermin kaca pada tingkap rumah atau tingkap kereta.
Berdasarkan satu tafsiran lama, sekiranya seseorang itu mimpi melihat menerusi kaca yang jelas dan pandangannya terang, itu petanda baik kerana ia mungkin membawa alamat bahawa dia akan menemuphi masa depan yang bahagia.
Namun, jika dalam ‘mimpi kaca’ itu penglihatannya seolah kabur, atau cermin kaca itu seolah-olah berhabuk sehingga menjejaskan atau menghalang penglihatannya, maka kemungkinan besar ia bererti masa depannya akan berhadapan kesukaran.