Mimpi pergi ke pantai ini kebanyakan dialami oleh orang muda.
Menurut tafsiran lama, jika bermimpi sedang mandi-manda di pantai maknanya akan mengalami alam percintaan yang cukup membahagiakan.
Sekiranya di dalam mimpi itu, tidak mandi-manda, tetapi sekadar berjalan-jalan di pantai, dikatakan ia memberi tanda bahawa kebahagiaan yang baru sahaja anda rasai akan cuba diganggu-gugat oleh orang lain, atau akan ada yang cuba menghalang.