Tafsiran Mimpi

share

Tafsiran Mimpi Menangis

mimpi menangis

Apa maksudnya jika mendapat mimpi menangis? Tafsiran mimpi menangis itu takwilnya boleh jadi memberi alamat peringatan ataupun alamat yang baik yakni kegembiraan.

Jika anda mendapat mimpi sedang menangis ada yang mentafsirkan mimpi itu sebagai membawa makna anda akan mendapat khabar bahagia. Di dalam mimpi tampak seperti bersedih tapi di dunia nyata perkara sebaliknya yang dikatakan akan berlaku.

Bagi yang bermimpi melihat orang menangis pula itu tafsiran atau petanda akan muncul pertolongan dari rakan-rakan.

Dalam satu tafsiran berkaitan disebut pula bahawa mimpi mendengar orang menangis bererti anda akan berkewajiban menyelesaikan suatu perkara yang sesungguhnya sangat sulit.

Sekiranya mendapat mimpi mendengar suara anak kecil menangis alamatnya bakal berdepan kerugian dalam usaha yang dijalankan.

Dalam satu tafsiran lain diperincikan lagi dengan menjelaskan mimpi mendengar bayi menangis itu petanda suatu peringatan akan berdepan penyakit atau kerumitan yang berkemungkinan menjerumus kepada kegagalan.

Bagi tafsir mimpi menangis yang membawa erti yang menggembirakan, dikatakan bahawa jika seseorang itu mimpi bersedih atau mengeluarkan air mata itu merupakan alamat baik yang membahagiakan. Mimpi sedang menangis boleh jadi juga petanda kepada kegembiraan, ketakwaan atau kedamaian.

Akan tetapi jika mimpi menangis itu disebabkan kerana rasa takut, itu kemungkinan besar berkait dengan perkara khianat.

 

Kongsi Info Tafsiran Mimpi Ini Dengan Kenalan Anda

Leave a Reply

Tafsir Mimpi

image

Mimpi Rambut Panjang

Bagi orang yang sememangnya memiliki rambut yang panjang, pastinya tidak…
image

Mimpi Anak Kucing

Mimpi anak kucing ada perbezaan tafsiran ertinya berbanding tafsiran mimpi…
image

Mimpi Badan Kurus

Apa maknanya jika seseorang itu bermimpi badannya lebih kurus daripada…
image

Mimpi Mempunyai Gigi Palsu

Sudah pastinya ia menjadi satu kemusykilan terutamanya bagi mereka yang…
image

Mimpi Gunting Rambut

Mimpi rambut digunting dikatakan membawa petanda buruk kepada lelaki atau…
image

Mimpi Tak Boleh Bercakap

Mimpi tidak boleh bercakap atau menjadi bisu tentu sahaja mengejutkan…
image

Mimpi Sakit Gigi

Ramai orang pernah bermimpi patah gigi atau gigi tercabut tetapi…
image

Mimpi Rambut Beruban

Lelaki atau perempuan yang masih muda tentunya berasa terkejut jika…
image

Mimpi Hidung Berdarah

Apa pula alamatnya jika mendapat mimpi hidung anda berdarah? (more…)

Tafsiran Mimpi

Setiap mimpi itu punya keistimewaan tersendiri. Sebahagian mimpi memberi bayangan perkara yang bakal terjadi dan kebetulan ia kemudiannya benar-benar berlaku. Ada pula mimpi yang sekadar simbolik.

Dalam agama Islam sendiri telah diakui bahawa mimpi adakalanya lebih daripada mainan tidur. Kadangkala ia menyelitkan erti dan petanda tersendiri sebagai peringatan kepada orang yang mendapat mimpi atau yang dekat dengannya. Namun tak semua mimpi terkandung alamat yang secara mudah dapat ditafsirkan.

Tags cloud

Follow us

© 2023, TafsiranMimpi.com – Ketahui Rahsia di Sebalik Mimpi Kamu . Kamus Mimpi Online.