Pernahkah anda impikan untuk menjadi seorang raja? Setidak-tidaknya jadi raja dan dipakaikan mahkota dalam mimpi pun jadilah. Tapi apa pula maknanya jika ada yang bermimpikan mahkota?
Menurut tafsiran yang ditemui, mimpi mahkota raja ataupun mahkota kebesaran memberi alamat yang baik. Ada pendapat mengatakan jika ada yang bermimpi mahkota, mungkin kelak dia akan mendapat kedudukan yang tinggi dan dihormati.
Sehubungan itu, dari sisi yang lain pula ada juga kemungkinan bahawa dia akan dicemburui oleh orang lain kerana kedudukannya.