Banyak makan gula dan benda-benda manis itu tak elok untuk kesihatan, tapi tahukah anda bahawa gula dalam mimpi itu memberi petanda sesuatu yang baik.
Menurut pendapat, gula di dalam mimpi mengandungi pelbagai erti, termasuklah seperti kata atau ucapan yang manis, ciuman, kelebihan, wang atau sebarang perkara lain yang menyenangkan. Mimpi berkaitan gula secara amnya adalah baik, samada di dalam mimpi tersebut si pemimpi memakan atau meminumnya.
Telah ditafsirkan bahawa seseorang yang mimpi makan gula, itu kemungkinan tandanya dia kelak akan beroleh nikmat (dunia) dan diangkat martabatnya di mata masyarakat.