Jarang sekali terdengar orang bercerita bahawa semalam dia ada bermimpi badut. Tapi bagi yang mengalaminya tentu ada perasaan ingin tahu apa maknanya sekiranya mimpi badut.
Menurut tafsiran lama, sesiapa yang ada bermimpi melihat badut, itu tandanya dia akan mendapat hadiah.
Manakala, jika di dalam mimpi itu, anda yang berpakaian seperti badut atau dalam bahasa mudahnya mimpi jadi badut, itu dikatakan tanda tersirat bahawa di kalangan rakan-rakan anda kini kebanyakannya tidak memahami perawakan dan keperibadian anda.