Dikatakan bahawa sesiapa yang bermimpi ular kapak kemungkinan besar itu petanda atau alamat akan terjadi satu perkara yang kurang menyenangkan.
Menurut satu tafsiran, sekiranya di dalam mimpi itu kelihatan ular kapak berlingkar kemungkinan itu adalah maksud tersirat yang menunjukkan si pemimpi itu sememangnya dalam keadaan fikiran yag bercelaru dan kusut.
Sekiranya ular itu kelihatan tegak dan bersedia untuk mematuk mungkin itu petandanya orang yang selama ini diharap-harapkan untuk menagih kasih-sayang dan simpati daripadanya oleh si pemimpi, sebenarnya adalah orang yang tidak ikhlas dan berkemungkinan akan mengkhianatinya. Maka sebab itulah senantiasa manusia itu dinasihatkan agar jangan berharap dan meminta pertolongan daripada makhluk yang lain. Minta dan mohon lah hanya kepada Allah Yang Esa.