Mimpi lidah adalah satu peringatan khusus kepada orang yang mendapatnya.
Menurut tafsiran lama, dikatakan bahawa seseorang yang bermimpikan lidah tandanya dia tidak disukai orang. Sebab-musabab tak suka itu, tentu sekali ada kaitannya dengan ‘lidah’ yakni kerana dia suka cakap lepas dan tidak berasas.
Jika benar keadaannya sedemikian, maka eloklah perbaiki diri dan cuba menahan diri dari cakap tanpa keprihatinan terhadap orang lain. Jika terus dibiarkan alamatnya pasti akan menyesal di kemudian hari.