Sebenarnya tak ramai orang yang pernah mengalami mimpi kilat. Apa sekalipun, bagi yang pernah mendapat mimpi sedemikian dan ingin mengetahui akan ertinya, kemungkinan besar ia membawa petanda berikut.
Menurut pendapat lama, seseorang yang bermimpi tentang kilat kemungkinannya mimpi sedemikian membawa maksud kelak akan berlaku perubahan yang besar dan pesat dalam kehidupannya.
Walaupun pada mulanya perubahan yang berlaku itu menimubulkan kesulitan, akan tetapi akhirnya ianya akan membawa kebaikan kepada si pemimpi.
Menurut tafsiran lama juga, jika seseorang mimpi disambar kilat, ia membawa erti yang tidak baik. Mimpi disambar kilat dikatakan membawa alamat bahawa kedudukan si pemimpi itu kemungkinannya kini terdedah kepada pelbagai fitnah dan kepesonaan. Lebih-lebih lagi ekoran adanya sekumpulan orang tertentu yang suka menabur fitnah terhadap dirinya.