Tafsiran Mimpi

share

Tafsir Mimpi Buang Air Besar

tafsir mimpi buang air besar

Tafsiran berkenaan mimpi berak atau mimpi buang air besar ini sebenarnya ada pelbagai maksud tersirat bergantung kepada situasi dan orang yang bermimpi.

Perlakuan membuang air besar selalunya dikaitkan dengan tahi. Dan tahi, menurut satu pendapat diertikan pula sebagai rezeki yang diperolehi daripada penganiayaan. Namun, ada pula yang menyatakan sebagai petanda kelapangan.

Secara asasnya, dikatakan bahawa orang yang bermimpi buang air besar itu bererti kesusahannya akan hilang. Jika dia yakni orang yang bermimpi itu adalah seorang yang banyak harta, bermakna itu kemungkinan besar dia akan mengeluarkan zakat hartanya.

Dikatakan pula bahawa orang yang bermimpi tahinya banyak sedangkan dia sedang dalam suatu perjalanan (musafir), besar kemungkinan itu petanda dia tidak akan sampai ke destinasi mengikut perancangan awalnya.

Dalam sesetengah masyarakat dan tempat, terdapat pandangan berbeza. Dalam satu forum perbincangan ada disebutkan bahawa bagi masyarakat Jawa, mimpi buang air besar itu tandanya akan kehilangan sesuatu yang berharga. Pandangan ini pastinya berdasarkan pengalaman orang-orang terdahulu dan ianya pandangan umum yang tak semestinya bertepatan dengan setiap individu.

Kongsi Info Tafsiran Mimpi Ini Dengan Kenalan Anda

Leave a Reply

Tafsir Mimpi

image

Mimpi Rambut Panjang

Bagi orang yang sememangnya memiliki rambut yang panjang, pastinya tidak…
image

Mimpi Anak Kucing

Mimpi anak kucing ada perbezaan tafsiran ertinya berbanding tafsiran mimpi…
image

Mimpi Badan Kurus

Apa maknanya jika seseorang itu bermimpi badannya lebih kurus daripada…
image

Mimpi Mempunyai Gigi Palsu

Sudah pastinya ia menjadi satu kemusykilan terutamanya bagi mereka yang…
image

Mimpi Gunting Rambut

Mimpi rambut digunting dikatakan membawa petanda buruk kepada lelaki atau…
image

Mimpi Tak Boleh Bercakap

Mimpi tidak boleh bercakap atau menjadi bisu tentu sahaja mengejutkan…
image

Mimpi Sakit Gigi

Ramai orang pernah bermimpi patah gigi atau gigi tercabut tetapi…
image

Mimpi Rambut Beruban

Lelaki atau perempuan yang masih muda tentunya berasa terkejut jika…
image

Mimpi Hidung Berdarah

Apa pula alamatnya jika mendapat mimpi hidung anda berdarah? (more…)

Tafsiran Mimpi

Setiap mimpi itu punya keistimewaan tersendiri. Sebahagian mimpi memberi bayangan perkara yang bakal terjadi dan kebetulan ia kemudiannya benar-benar berlaku. Ada pula mimpi yang sekadar simbolik.

Dalam agama Islam sendiri telah diakui bahawa mimpi adakalanya lebih daripada mainan tidur. Kadangkala ia menyelitkan erti dan petanda tersendiri sebagai peringatan kepada orang yang mendapat mimpi atau yang dekat dengannya. Namun tak semua mimpi terkandung alamat yang secara mudah dapat ditafsirkan.

Tags cloud

Follow us

© 2023, TafsiranMimpi.com – Ketahui Rahsia di Sebalik Mimpi Kamu . Kamus Mimpi Online.