Adakah sesiapa yang pernah bermimpi memegang telur ayam? Contohnya, mimpi pergi ke kedai hendak beli sesuatu dan tiba-tiba mendapati dirinya sedang pegang telur dan membeleknya.
Atau mungkin sahaja mimpi pegang telur yang diberikan sebagai hadiah dan sebagainya oleh orang lain.
Menurut tafsiran, mimpi pegang telur ayam membawa maksud akan beroleh kebajikan.