Orang Barat menyarankan untuk makan sebiji epal setiap hari kerana ia membantu mengekalkan kesihatan dan menghindari penyakit. Jadi apa maknanya jika bermimpi makan buah epal?
Menurut tafsiran mimpi lama, mimpi makan buah epal, memberi petanda yang baik biarpun ianya tidak mempunyai hubungan langsung dengan kesihatan. Mimpi makan buah epal dikatakan memberi alamat akan mencapai kejayaan yang sangat baik dan kejayaan yang boleh dibanggakan.