Ada sesetengah mimpi yang dialami biarpun hanya dalam mimpi tapi terasa seperti ianya benar-benar berlaku. Salah satu mimpi sedemikian ialah bermimpi lemas, terkapai-kapai tak dapat bernafas.
Lazimnya bila disebut lemas, hampir kebanyakan masa ianya merujuk kepada keadaan lemas terkapai-kapai dalam air.
Menurut tafsirannya, mimpi lemas ini cuba untuk memberikan peringatan dan semoga dengan peringatan itu dapatlah diambil langkah membetulkan keadaan. Memperbetulkan kembali apa-apa yang ‘tergelincir’ dari landasan.
Dalam sebuah penulisan telah dinyatakan bahawa Ibnu Sirin, seorang ahli tafsir mimpi tersohor pernah mentakwilkan bahawa seorang yang mendapat mimpi badannya lemas bererti dia bersikap sembarangan atau sambil lewa terhadap kewajipannya terhadap Allah s.w.t., walaupun tahu akan tanggungjawab yang perlu ditunaikan sebagai hamba-Nya.
Tafsiran yang dikaitkan dengan takwil mimpi Ibnu Sirin itu boleh jadi bertepatan dengan anda yang tercari-cari akan maksud mimpi lemas. Atau juga maksud di sebalik mimpi lemas itu bagi anda boleh jadi berlainan sesuai dengan latar belakang seseorang.
One Response
bermimpi air pasang dan berombak…. kemudian ada kolam dan berenang lalu lemas dan tenggelam