Pernahkah anda bermimpi untuk ke satu tempat dan tiba-tiba mendapati diri anda melalui lorong atau jalan yang sempit.
Menurut pendapat lama, dikatakan bahawa jika ada yang bermimpi melihat jalan yang sempit mungkin itu adalah alamat tersirat atau petanda bahawa anda akan berdepan dengan kesukaran. Berdasarkan telahan itu bolehlah diandaikan lebih sempit jalan yang ditempuh dalam mimpi itu maka lebih genting kesukaran yang akan ditempuhi kelak.