Insiden dikerumuni lalat adalah sesuatu yang kurang menyenangkan apatah lagi jika lalat yang datang tu lebih daripada seekor. Namun, tahukah anda bahawa ada pendapat yang mengatakan mimpi dikerumuni lalat adalah petanda baik, terutama bagi yang suka pada ‘populariti’.
Menurut tafsiran lama, seseorang yang dikerumuni lalat yang banyak dalam mimpinya, itu tandanya dia kini sudah semakin bertambah dikenali dan makin popular di kalangan teman-teman dan rakan pergaulannya.