Loceng boleh dijadikan alat untuk ‘pemberitahuan’ ataupun boleh juga jadi alat untuk memberi amaran.
Menurut tafsiran yang ditemukan, mimpi berkenaan mendengar bunyi loceng adalah lebih kepada amaran kepada yang mendapat mimpi sedemikian.
Mimpi mendengar bunyi loceng dikatakan membawa alamat pertengkaran atau perpisahan dengan seseorang.
Ataupun, mimpi sedemikian juga boleh jadi membawa erti bahawa kelak dia akan menerima kesan yang lazimnya negatif akibat daripada perbuatan atau perintah pihak yang berkuasa atau pimpinan atasan.