Rajawali adalah burung yang memiliki tahap penglihatan yang sangat baik berbanding manusia. Burung ini dapat hidup sehingga 70 tahun. Apakah ertinya jika mimpi burung rajawali?
Menurut tafsirannya, jika ada yang bermimpi melihat burung rajawali terbang, ertinya usaha atau pekerjaan yang dilaksanakan akan beroleh kejayaan dan orang tersebut akan menjadi seorang yang terkenal dalam masyarakat.
Sebaliknya jika di dalam mimpi itu anda melihat burung rajawali mati, dikatakan ia memberi alamat kegagalan dalam usaha niaga yang dijalankan.