Sesetengah pendapat kurang setuju dengan burung merak kerana ia dikaitkan dengan sikap yang suka menunjuk-nunjuk. Namun, ada pandangan yang mengatakan bahawa mimpi burung merak memberi simbolik yang baik.
Menurut tafsiran lama, dikatakan bahawa sesiapa yang bermimpi melihat burung merak dalam keadaan yang cantik, maknanya dia akan beroleh kesenangan ataupun bagi lelaki yang sudah berumahtangga, itu tandanya si isteri akan memberi kesenangan kepada anda.