Tafsiran Mimpi

share

Mimpi Bertunang

mimpi bertunang

Maksud mimpi bertunang menurut pendapat orang tua-tua ertinya akan segera berkahwin yakni dalam tempoh setahun atau kurang. [1001 tafsir 400 : ms 69]

2. Pandangan orang-orang lama itu bukan berdasarkan cakap kosong tapi ditafsir berdasarkan pengalaman. Bahkan, dalam salah satu karangan himpunan tafsiran mimpi yang ditulis berdasarkan pengkajian kitab-kitab lama hasil karya ilmuwan Islam terdahulu pun turut menyatakan mimpi bertunang itu kemungkinan besar petanda bahawa orang yang bermimpi itu akan mendirikan rumahtangga ataupun bererti setiap perancangannya akan beroleh kejayaan. [Rahsia Mimpi ms 434]

Tafsiran Berkaitan Mimpi Tunang

3. Sesebuah majlis pertunangan itu lazimnya akan berkesudahan dengan pasangan melangsungkan majlis perkahwinan. Sehubungan itu daripada satu pendapat berkaitan mimpi menurut Islam, disebutkan bahawa mimpi yang berkaitan dengan majlis membabitkan pasangan pengantin, tafsiran mimpinya berkait rapat dengan suasana sesebuah majlis berkenaan.

Jika majlis itu berlangsung sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dan tidak melanggar syarak, maka ia petanda satu kebaikan. Sebaliknya jika majlis berkenaan dipenuhi dengan aktiviti kemaksiatan bermakna akan terjadi keburukan. [Erti Mimpi ms 147]

4. Ada pula yang mentafsirkan mimpi meminang atau dipinang untuk dijadikan pasangan hidup itu tandanya akan berjaya dalam hubungan cinta dan pada kemudian hari kelak akan beroleh keuntungan. [Mentafsir Mimpi 112: ms 76]

5. Sebaliknya pula, jika seseorang itu mimpi putus tunang maka dikatakan itu adalah satu peringatan agar lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidupnya. Selidik secara lebih mendalam akan perwatakan si dia yang sebenar-benarnya, kenali latar belakangnya dan fahami niatnya samada benar-benar ikhlas atau masih teragak-agak sebelum anda bersetuju untuk menjadi pasangan hidup dengan si dia. [Rahsia Mimpi ms 435]

mimpi bertunang dalam islam

Mimpi Bertunang Dengan Siapa?

Pada kebanyakan masanya, baik lelaki mahupun perempuan, pasangan tunang yang muncul dalam mimpi itu adalah buah hati sendiri. Namun, ada ketikanya boleh jadi ‘tunang’ yang di dalam mimpi itu seseorang yang tak pernah dilihat wajahnya sebelum ini.

6. Dalam tafsiran mimpi yang berkaitan, dikatakan juga bahawa mimpi melihat lelaki yang dikenali boleh jadi alamatnya bermaksud akan beroleh sesuatu daripada orang yang berkenaan, ataupun daripada seseorang yang mirip dengan yang dilihat dalam mimpi itu ataupun yang sama nama dengannya. [Tafsir Al-Ahlam ms 117]

7. Bagi seorang perempuan, jika ada yang masih belum berumahtangga dan ada mendapat mimpi meminang seorang lelaki yang di dalam mimpi itu perempuan berkenaan memberi salam kepadanya dan lelaki tersebut menjawab salam, ertinya lelaki berkenaan menerima pinangannya. Dalam erti kata lain, perempuan itu sebenarnya bak kata pepatah ‘tidak bertepuk sebelah tangan’. [Ensiklopedia Tafsir Mimpi ms 405] 

Kongsi Info Tafsiran Mimpi Ini Dengan Kenalan Anda

4 Responses

  1. Saya mimpi saya dipinang dngn sesorang yang saya tak kenal tpi kulit wajahnya saya nmpk tpi tkberapa jelas. Lepas saya dipinang dlm berapa hari kami nak bertunang tpi saya tkkenal orang tu dan tak cinta orangtu. Lepas tu ayah lelaki call cakap psl anaknya dan saya bgi salam lpstu saya call boyfriend saya yg saya nak bertunang tpi saya tak cinta lelaki tu. Muka boyfriend saya jelas tpi yg bakal tunang saya tidak berapa jelas cuma kulitnya kuning langsat, tua.

  2. Assalamualaikum. .saya nak tanya, kalau kita bermimpi kita bertunang dengan lelaki yg tidak dikenali then semasa majlis hendak sarungkan cincin kita terbangun dari mimpi tersebut, apa maksudnya??

  3. Assalamualaikum…saya nak tanya saya bermimpi saya masuk meminang dengan bekas tunang saya dan dia setuju pinangan saya bila mak saya hendak sarung cincin ke jari dia saya terus tersedar dari tido

Leave a Reply

Tafsir Mimpi

image

Mimpi Rambut Panjang

Bagi orang yang sememangnya memiliki rambut yang panjang, pastinya tidak…
image

Mimpi Anak Kucing

Mimpi anak kucing ada perbezaan tafsiran ertinya berbanding tafsiran mimpi…
image

Mimpi Badan Kurus

Apa maknanya jika seseorang itu bermimpi badannya lebih kurus daripada…
image

Mimpi Mempunyai Gigi Palsu

Sudah pastinya ia menjadi satu kemusykilan terutamanya bagi mereka yang…
image

Mimpi Gunting Rambut

Mimpi rambut digunting dikatakan membawa petanda buruk kepada lelaki atau…
image

Mimpi Tak Boleh Bercakap

Mimpi tidak boleh bercakap atau menjadi bisu tentu sahaja mengejutkan…
image

Mimpi Sakit Gigi

Ramai orang pernah bermimpi patah gigi atau gigi tercabut tetapi…
image

Mimpi Rambut Beruban

Lelaki atau perempuan yang masih muda tentunya berasa terkejut jika…
image

Mimpi Hidung Berdarah

Apa pula alamatnya jika mendapat mimpi hidung anda berdarah? (more…)

Tafsiran Mimpi

Setiap mimpi itu punya keistimewaan tersendiri. Sebahagian mimpi memberi bayangan perkara yang bakal terjadi dan kebetulan ia kemudiannya benar-benar berlaku. Ada pula mimpi yang sekadar simbolik.

Dalam agama Islam sendiri telah diakui bahawa mimpi adakalanya lebih daripada mainan tidur. Kadangkala ia menyelitkan erti dan petanda tersendiri sebagai peringatan kepada orang yang mendapat mimpi atau yang dekat dengannya. Namun tak semua mimpi terkandung alamat yang secara mudah dapat ditafsirkan.

Tags cloud

Follow us

© 2023, TafsiranMimpi.com – Ketahui Rahsia di Sebalik Mimpi Kamu . Kamus Mimpi Online.