Tafsiran Mimpi

share

Tafsiran Mimpi Banyak Ular

Mimpi seekor ular pun ada yang sudah ketakutan apa lagi jika mimpi banyak ular. Antara tafsiran berkenaan mimpi ular ada mengatakan ular yang dilihat dalam mimpi itu boleh jadi simbolik kepada permusuhan, isu kehidupan, hal-hal berkaitan keselamatan, kekuasaan, cerminan kepada perempuan, hal yang berkait dengan kematian ataupun kejadian alam seperti banjir.

Menurut ilmuwan mimpi, al-Salimi, ular dalam mimpi ertinya musuh yang berdendam. Ular darat adalah membawa keburukan namun ular jenis lainnya adalah lebih buruk kesan atau pengaruhnya.

mimpi banyak ular tafsir

Dalam bermimpikan banyak ular dan jika ada membunuh kesemua atau sebahagian daripadanya bererti kemampuan untuk mengatasi musuh.

Kulit ular yang dilihat dalam mimpi, daging, tulang dan darahnya bererti wang kepunyaan musuh.

Jika mimpi ada ular yang berlingkar-lingkar di sekeliling atau ular berkumpul di sekitar kemungkinan petanda ada di kalangan yang terdekat yang memusuhi tapi tidak pun menyakiti.

Ada pula pendapat yang mengatakan mimpi melihat ular banyak di rumah tandanya ada musuh-musuh di rumah. Sekiranya ular itu jenis ular darat ertinya musuh itu ialah orang luar atau orang lain yang bukan penghuni rumah.

Mimpi ada ular yang tunduk kepada anda dan mengikut saja segala arahan tandanya akan mendapat kenikmatan, kehormatan atau kedudukan.

Pendapat orang tua-tua MIMPI ULAR BANYAK

Orang tua-tua dulu ada yang berpendapat jika mimpi banyak ular tandanya akan beroleh kebahagiaan yang tak pernah diduga. Jikalau mimpi ular melilit di anggota tubuh maka ertinya bakal menyempurnakan sesuatu hajat.
Sekiranya ada ular yang menggigit itu tandanya akan mendapat pasangan hidup.

Kalau ada ular yang mengejar maka itu ertinya ada seseorang yang jatuh cinta padamu.

Jika mimpi banyak ular itu dan ada pula ular yang masuk rumah kemungkinan bererti kedatangan tetamu yang membawa kebahagiaan.

Kongsi Info Tafsiran Mimpi Ini Dengan Kenalan Anda

3 Responses

  1. Tedung Selar bangun berdua dua… Semua sekali 8 Ular Tedung Selar.. Memandang sahaja..

    Apa maksud dia?

  2. saya bermimpi didalam balang air kebiasaan org membela ikan emas terdapat 3 jenis ular berenang2 didalam balang tersebut. sekor ular senduk yg berwarna hitam berjalur putih belang hitam bawahnya. sedang mengembang dari kelapa sampai ke ekor kembangnya. sekor ular daun berwarna hijau dan seekor ular kapak berwarna hijau kekuningan. ular hitam itu keluar dari balang menyodol saya dari belakang seperti menyuruh saya bangun yg ketika itu sedang duduk bersila. saya hanya menepis2nya. kelihatan ular kapak menuju ke arah saya namun sepeti di halang oleh sekor lagi ular daun. keadaan seperti ular daun mengcangkuk menarik ular kapak kebelakang. apakah maksud mimpi saya

  3. Saya bermimpi dalam Rumah ada ular tedung Dan ular hitam belang Cuba nk patuk saya tapi kucing kucing saya tolong selamatkn saya Dan lawan ular tu.apakah masuk mimpi saya ni

Leave a Reply

Tafsir Mimpi

image

Mimpi Rambut Panjang

Bagi orang yang sememangnya memiliki rambut yang panjang, pastinya tidak…
image

Mimpi Anak Kucing

Mimpi anak kucing ada perbezaan tafsiran ertinya berbanding tafsiran mimpi…
image

Mimpi Badan Kurus

Apa maknanya jika seseorang itu bermimpi badannya lebih kurus daripada…
image

Mimpi Mempunyai Gigi Palsu

Sudah pastinya ia menjadi satu kemusykilan terutamanya bagi mereka yang…
image

Mimpi Gunting Rambut

Mimpi rambut digunting dikatakan membawa petanda buruk kepada lelaki atau…
image

Mimpi Tak Boleh Bercakap

Mimpi tidak boleh bercakap atau menjadi bisu tentu sahaja mengejutkan…
image

Mimpi Sakit Gigi

Ramai orang pernah bermimpi patah gigi atau gigi tercabut tetapi…
image

Mimpi Rambut Beruban

Lelaki atau perempuan yang masih muda tentunya berasa terkejut jika…
image

Mimpi Hidung Berdarah

Apa pula alamatnya jika mendapat mimpi hidung anda berdarah? (more…)

Tafsiran Mimpi

Setiap mimpi itu punya keistimewaan tersendiri. Sebahagian mimpi memberi bayangan perkara yang bakal terjadi dan kebetulan ia kemudiannya benar-benar berlaku. Ada pula mimpi yang sekadar simbolik.

Dalam agama Islam sendiri telah diakui bahawa mimpi adakalanya lebih daripada mainan tidur. Kadangkala ia menyelitkan erti dan petanda tersendiri sebagai peringatan kepada orang yang mendapat mimpi atau yang dekat dengannya. Namun tak semua mimpi terkandung alamat yang secara mudah dapat ditafsirkan.

Tags cloud

Follow us

© 2023, TafsiranMimpi.com – Ketahui Rahsia di Sebalik Mimpi Kamu . Kamus Mimpi Online.