Jika diperhatikan pada tafsirannya, mimpi air tejun memberi petanda yang baik tetapi pada masa yang sama perlu berwaspada. Kenapa dikatakan begitu?
Menurut tafsirannya, jika seseorang itu bermimpi melihat air terjun ia membawa makna akan terselamat daripada bahaya. Namun, secara tidak langsung tafsiran tersebut seolah-olah memberi petanda bahawa si pemimpi akan berdepan dengan suatu perkara yang berbahaya. Oleh sebab itu, tingkatkanlah kewaspadaan anda.